Friday, 6 May 2016

SEKAPUR SIREH

Assalamualaikum dan salam perkenalan.

Syukur pada Allah yang Maha Kuasa kerana blog ini berjaya dibangunkan dengan jayanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dan pengalaman semasa menjalani latihan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Doktor Burhanuddin, 34000 Taiping, Perak. Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah Seminar Refleksi Latihan Mengajar KPR3012 iaitu Yang berbahagia Tuan Hj. Dr Zulkeflee bin Hj. Yaacob kerana memberi tunjuk ajar dan nasihat yang membina kepada saya sepanjang menjalani kursus ini. Tidak lupa juga kepada ahli keluarga saya dan rakan-rakan seperjuangan dalam memberikan kata-kata semangat dan turut membantu dalam menyiapkan blog ini serta komentar yang bernas untuk memastikan segala perancangan berjalan dengan jayanya. Harapan saya agar blog ini dapat membantu rakan-rakan seperjuangan sebagai persediaan menghadapi dunia pekerjaan nanti.Segala pengalaman yang dilalui, saya kongsikan dengan anda dalam blog ini. Besar harapan saya agar anda memperoleh banyak maklumat mengenai pelaksanaan kajian tindakan. Diharapkan semoga blog ini bermanfaat untuk pembaca semua.


Sekian terima kasih.











Thursday, 5 May 2016

PERMASALAHAN DALAM PEMAHAMAN MODEL KAJIAN TINDAKAN

Pengenalan

Pada asasnya, setiap kajian tindakan akan melibatkan dua unsur, iaitu menyelidik dan bertindak. Kedua-dua unsur ini kemudiannya dikembangkan dan diperincikan kepada model-model penyelidikan yang menjadi ikutan penyelidik tindakan. Terdapat beberapa model kajian tindakan yang dikemukakan oleh para penyelidik yang boleh membantu guru untuk menjalankan kajian dalam bilik darjah.

Apakah model yang terdapat dalam kajian tindakan?

Rajah 1 : Model-model Penyelidikan Tindakan

Merujuk kepada rajah 1, terdapat beberapa jenis Model Penyelidikan tindakan daripada tokoh-tooh atau ahli pengkaji sebagai panduan untuk melaksanakan tinjauan dalam proses kajian. Tetapi dalam permasalahan ini, saya hanya memfokuskan kepada 3 model sahaja, iaitu model Kurt Lewin, model Stephen Kemmis dan Mc Taggart dan juga model Jack Whitehead.


1. Model Kurt Lewin (1946)



Lewin (1946) menjelaskan bahawa sesebuah penyelidikan perlu diikuti dengan tindakan sosial. Beliau mengemukakan satu model pilin dan setiap pilin atau kitaran itu mengandungi lagkah-langkah perancangan, tindakan dan peninjauan atau pencarian fakta mengenai kesan atau keputusan sesuatu tindakan itu (Lewin, 1948). Kitaran tersebut dapat dilihat melalui gambar rajah di bawah:



Rajah 2 : Model Kajian Tindakan Lewin

Menurut Lewin, langkah pertama ini meneliti dan mengenalpasti sesuatu idea atau amalan. Ini diikuti dengan pencarian fakta berkaitan dengan situasi yang diperlukan. Sekiranya langkah awal ini dapat dilakukan, perancangan keseluruhan akan dibuat dan keputusannya akan dianggap sebagai langkah pertama sesuatu tindakan.

Langkah seterusnya mengandungi langkah-langkah perancangan, pelaksanaan dan tinjauan atau pencarian fakta dengan tujuan untuk dibuat penilaian ke atas keputusan langkah kedua ini. Seterusnya, asas untuk langkah ketiga dibuat yang mungkin melibatkan pembetulan, penambahbaikan atau modifikasi rancangan keseluruhan tadi.


2. Model Kemmis & McTaggart (1988) 

Proses kajian tindakan Kemmis bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. 


Rajah 3 : Model Kajian Kemmis dan Mc Taggart

Fasa Perancangan
Fasa pertama ini merupakan fasa perancangan tindakan untuk memperbaiki amalan setelah guru memperolehi maklumat dan kritikan tentang tindakan amalan yang kurang berkesan atau bermasalah. Peninjauan (reconnaisance) dan kritikan rakan sekerja boleh membantu guru memberi fokus kepada sesuatu isu yang menjadi masalah. Setelah mendapatkan isu, guru perlu merancang bagaimana hendak menjalankan inkuiri. Perancangan yang dibina perlu bersifat fleksibel untuk membolehkan adaptasi dilakukan ke atas kesan dan halangan yang tidak dapat dilihat. Perancangan ini akan membantu guru memperhalusi apa yang ingin diberikan perhatian. Antara soalan utama yang boleh ditanya kepada diri sendiri ialah:
1. Ada atau tidak orang yang boleh membantu memberikan maklumat atau data yang     relevan untuk dibuat inkuiri?
2. Kepada siapakah dan apakah yang perlu dirujuk?
3. Adakah cara untuk mendapatkan maklumat ini boleh dilaksanakan?
4. Berapa banyak waktu yang anda ada?
5. Bagaimanakah masa yang ada akan dibahagi-bahagikan?

 Fasa Tindakan
Setelah guru dapat menjawab kesemua soalan ini, guru perlu membuat keputusan tentang apakah tindakan yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru tidak seharusnya khuatir tentang tindakan yang akan diambil sama ada dapat menyelesaikan masalah dengan kadar segera atau sebaliknya. Sekiranya guru cuba menyelesaikan dengan kadar segera, ada kemungkinan guru akan menjadi kaku dan gagal untuk bertindak selanjutnya. Perkara yang lebih penting ialah guru akan melakukan sesuatu yang mungkin akan dapat membantunya menyelesaikan masalah. Tindakan yang diambil perlu bersifat tindakan strategik yang akan menghasilkan sesuatu perubahan amalan. Mungkin akan timbul pada isu seterusnya yang memerlukan kitaran kedua kajian dibuat.

Fasa Pemerhatian
Pemerhatian akan dibuat ke atas tindakan amalan-amalan baru untuk membolehkan bukti-bukti diperolehi dan dibuat penilaian. Pemerhatian perlu dirancang dan catatan jurnal dibuat untuk tujuan dokumentasi dan rujukan semula. Proses tindakan dan kesannya dalam konteks situasi perlu dibuat pemerhatian secara individu atau kelompok. Guru perlu menggunakan lebih daripada satu cara mengumpulkan data untuk membolehkan dibuat triangulasi. Triangulasi merupakan kekuatan untuk memperolehi data dalam sesuatu kajian.


4. Model Jack Whitehead
Whitehead (1989) telah merumuskan kitaran refleksi tindakan menggunakan penyataan-penyataan seperti berikut:
o Amalan apakah yang perlu saya berikan perhatian/apakah yang ingin saya perbaiki
o Apakah yang akan saya lakukan mengenainya?
o Data apakah yang saya perlukan untuk membolehkan saya membuat justifikasi ke atas keberkesanan amalan?
o Bertindak dan mengumpul data
o Penilaian keberkesanan
o Modifikasi amalan yang diberikan perhatian, idea dan tindakan
o Menyerahkan penerangan dan penjelasan tentang “Bagaimana saya perbaiki amalan saya” yang dibuat kepada sekumpulan manusia yang akan mengesahkannya








Apakah Kekuatan dan Kelemahan Model kajian Tindakan



1. Model Kurt Lewin                                                                      
Tujuan model ini ialah menyelesaikan masalah dengan penambahbaikan yang berterusan menerusi proses kitaran yang diwujudkan dalam bentuk tahap yang berbeza.
Proses kitaran bermula daripada tahap pertama, tahap kedua dan ketiga. Tahap-tahap ini perlu berkaitan serta bersesuaian supaya dapat memudahkan kajian yang dilaksanakan.
Kekuatan
Kelemahan
Masalah yang dikaji dalam tahap pertama boleh disambung dan diteruskan dalam tahap kedua dan tahap ketiga
Perlu menyelesaikan masalah dengan menggunakan proses kitaran secara berperingkat. Jadi, proses tersebut mungkin terlalu panjang untuk dilaksanakan.
Tahap berperingkat bertujuan untuk menyelesaikan masalah berbangkit secara optimum dan menyeluruh.
Masalah perlu dikenalpasti secara releven atau berkaitan agar tidak menyebabkan masalah tidak diingini berulang dan boleh mencacatkan proses kajian.
Dapat mengenalpasti masalah yang pelbagai untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi, namun dilaksanakan dalam bentuk tahap secara berperingkat dalam tempoh yang ditetapkan.
Mungkin, memerlukan jangka masa yang lama kerana kerap menemui masalah baru dalam PdP. Apabila terdapat sesuatu masalah yang dikenalpasti perlu diteruskan secara berlanjutan dalam tahap yang berbeza supaya penyelesaian masalah berkesan

2. Model Kemmis & McTaggart
Tujuan model ini dihasilkan ialah untuk memberi panduan yang jelas kepada guru dalam membuat refleksi terhadap aktiviti PdP yang telah dijalankan dalam bilik darjah.
Kekuatan
kelemahan
Penyelesaian masalah sendiri. Misalnya, perancangan tahap pertama menentukan tema kajian asas tentang cara yang boleh membantu pelajarnya menguasai kemahiran inkuiri dalam pembelajaran
Hanya tertumpu kepada satu kajian masalah sahaja.
Dalam tahap kedua, kemmis meneruskan kajian matlamat umum, tetapi mengurangkan pembolehubah dalam pemerhatian berdasarkan pengalaman yang didapati dalam proses kajian tahap pertama.
Guru kurang memberi penekanan dalam menyelesaikan tahap pertama kerana masalah lebih tetap dan boleh difahami
Menumpukan kajian terhadap satu masalah sahaja berbanding proses kitaran oleh Kurt Lewin
Jangka masa yang diperlukan tidak begitu lama dan mudah untuk dilaksanakn kerana hanya perlu meneruskan kajian yang sama Cuma perlu disesuaikan dengan mengurangkan pembolehubah pada tahap kedua.


3. Model Jack Whitehead
Tujuan model ini supaya guru mengambil berat masalah secara proses penilaian kendiri. Guru dapat mengenalpasti masalah sendiri dan lebih mengenali murid dengan lebih dekat.
Kekuatan
Kelemahan
Menekankan penilaian kendiri melalui persoalan sendiri adalah penting untuk memperolehi maklumat yang berguna tentang masalah pendidikan yang dihadapi oleh kita sendiri.
Mempunyai skop penyelesaian yang hanya tertumpu kepada penilaian guru sahaja.
Untuk menjadi penyelidikan tindakan yang lebih bermakna, beliau mencadangkan satu skema kajian berbentuk ungkapan dan berdasarkan proses penilaian kendiri
Memberi risiko terhadap seseorang  guru itu kerana mungkin akan memberi impak negatif seperti komitmen guru terhad.
Mengenalpasti masalah secara kendiri memudahkan seseorang itu mengetahui masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran.
Kurang interaksi dua hala yang lebih harmoni kerana hanya guru sahaja yang perlu memberikan sepenuh tanggungjawab terhadap murid.

SLAID PEMBENTANGAN PANEL 2














GAMBAR KENANGAN DI SMK DOKTOR BURHANUDDIN, TAIPING, PERAK.