1. Model Kurt Lewin
Tujuan model ini
ialah menyelesaikan masalah dengan penambahbaikan yang berterusan menerusi
proses kitaran yang diwujudkan dalam bentuk tahap yang berbeza.
Proses kitaran
bermula daripada tahap pertama, tahap kedua dan ketiga. Tahap-tahap ini perlu
berkaitan serta bersesuaian supaya dapat memudahkan kajian yang dilaksanakan.
Kekuatan
|
Kelemahan
|
Masalah yang dikaji dalam tahap
pertama boleh disambung dan diteruskan dalam tahap kedua dan tahap ketiga
|
Perlu menyelesaikan masalah
dengan menggunakan proses kitaran secara berperingkat. Jadi, proses tersebut
mungkin terlalu panjang untuk dilaksanakan.
|
Tahap berperingkat bertujuan
untuk menyelesaikan masalah berbangkit secara optimum dan menyeluruh.
|
Masalah perlu dikenalpasti
secara releven atau berkaitan agar tidak menyebabkan masalah tidak diingini
berulang dan boleh mencacatkan proses kajian.
|
Dapat mengenalpasti masalah
yang pelbagai untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi, namun
dilaksanakan dalam bentuk tahap secara berperingkat dalam tempoh yang
ditetapkan.
|
Mungkin, memerlukan jangka masa
yang lama kerana kerap menemui masalah baru dalam PdP. Apabila terdapat
sesuatu masalah yang dikenalpasti perlu diteruskan secara berlanjutan dalam
tahap yang berbeza supaya penyelesaian masalah berkesan
|
2. Model Kemmis & McTaggart
Tujuan model ini
dihasilkan ialah untuk memberi panduan yang jelas kepada guru dalam membuat
refleksi terhadap aktiviti PdP yang telah dijalankan dalam bilik darjah.
Kekuatan
|
kelemahan
|
Penyelesaian masalah sendiri.
Misalnya, perancangan tahap pertama menentukan tema kajian asas tentang cara
yang boleh membantu pelajarnya menguasai kemahiran inkuiri dalam pembelajaran
|
Hanya tertumpu kepada satu
kajian masalah sahaja.
|
Dalam tahap kedua, kemmis
meneruskan kajian matlamat umum, tetapi mengurangkan pembolehubah dalam
pemerhatian berdasarkan pengalaman yang didapati dalam proses kajian tahap
pertama.
|
Guru kurang memberi penekanan
dalam menyelesaikan tahap pertama kerana masalah lebih tetap dan boleh
difahami
|
Menumpukan kajian terhadap satu
masalah sahaja berbanding proses kitaran oleh Kurt Lewin
|
Jangka masa yang diperlukan
tidak begitu lama dan mudah untuk dilaksanakn kerana hanya perlu meneruskan
kajian yang sama Cuma perlu disesuaikan dengan mengurangkan pembolehubah pada
tahap kedua.
|
3. Model Jack Whitehead
Tujuan model ini
supaya guru mengambil berat masalah secara proses penilaian kendiri. Guru dapat
mengenalpasti masalah sendiri dan lebih mengenali murid dengan lebih dekat.
Kekuatan
|
Kelemahan
|
Menekankan penilaian kendiri
melalui persoalan sendiri adalah penting untuk memperolehi maklumat yang
berguna tentang masalah pendidikan yang dihadapi oleh kita sendiri.
|
Mempunyai skop penyelesaian
yang hanya tertumpu kepada penilaian guru sahaja.
|
Untuk menjadi penyelidikan
tindakan yang lebih bermakna, beliau mencadangkan satu skema kajian berbentuk
ungkapan dan berdasarkan proses penilaian kendiri
|
Memberi risiko terhadap
seseorang guru itu kerana mungkin akan
memberi impak negatif seperti komitmen guru terhad.
|
Mengenalpasti masalah secara
kendiri memudahkan seseorang itu mengetahui masalah yang dihadapi dalam
pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran.
|
Kurang interaksi dua hala yang
lebih harmoni kerana hanya guru sahaja yang perlu memberikan sepenuh
tanggungjawab terhadap murid.
|
No comments:
Post a Comment