Thursday, 5 May 2016

PERMASALAHAN DALAM PEMAHAMAN MODEL KAJIAN TINDAKAN

Pengenalan

Pada asasnya, setiap kajian tindakan akan melibatkan dua unsur, iaitu menyelidik dan bertindak. Kedua-dua unsur ini kemudiannya dikembangkan dan diperincikan kepada model-model penyelidikan yang menjadi ikutan penyelidik tindakan. Terdapat beberapa model kajian tindakan yang dikemukakan oleh para penyelidik yang boleh membantu guru untuk menjalankan kajian dalam bilik darjah.

Apakah model yang terdapat dalam kajian tindakan?

Rajah 1 : Model-model Penyelidikan Tindakan

Merujuk kepada rajah 1, terdapat beberapa jenis Model Penyelidikan tindakan daripada tokoh-tooh atau ahli pengkaji sebagai panduan untuk melaksanakan tinjauan dalam proses kajian. Tetapi dalam permasalahan ini, saya hanya memfokuskan kepada 3 model sahaja, iaitu model Kurt Lewin, model Stephen Kemmis dan Mc Taggart dan juga model Jack Whitehead.


1. Model Kurt Lewin (1946)



Lewin (1946) menjelaskan bahawa sesebuah penyelidikan perlu diikuti dengan tindakan sosial. Beliau mengemukakan satu model pilin dan setiap pilin atau kitaran itu mengandungi lagkah-langkah perancangan, tindakan dan peninjauan atau pencarian fakta mengenai kesan atau keputusan sesuatu tindakan itu (Lewin, 1948). Kitaran tersebut dapat dilihat melalui gambar rajah di bawah:



Rajah 2 : Model Kajian Tindakan Lewin

Menurut Lewin, langkah pertama ini meneliti dan mengenalpasti sesuatu idea atau amalan. Ini diikuti dengan pencarian fakta berkaitan dengan situasi yang diperlukan. Sekiranya langkah awal ini dapat dilakukan, perancangan keseluruhan akan dibuat dan keputusannya akan dianggap sebagai langkah pertama sesuatu tindakan.

Langkah seterusnya mengandungi langkah-langkah perancangan, pelaksanaan dan tinjauan atau pencarian fakta dengan tujuan untuk dibuat penilaian ke atas keputusan langkah kedua ini. Seterusnya, asas untuk langkah ketiga dibuat yang mungkin melibatkan pembetulan, penambahbaikan atau modifikasi rancangan keseluruhan tadi.


2. Model Kemmis & McTaggart (1988) 

Proses kajian tindakan Kemmis bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. 


Rajah 3 : Model Kajian Kemmis dan Mc Taggart

Fasa Perancangan
Fasa pertama ini merupakan fasa perancangan tindakan untuk memperbaiki amalan setelah guru memperolehi maklumat dan kritikan tentang tindakan amalan yang kurang berkesan atau bermasalah. Peninjauan (reconnaisance) dan kritikan rakan sekerja boleh membantu guru memberi fokus kepada sesuatu isu yang menjadi masalah. Setelah mendapatkan isu, guru perlu merancang bagaimana hendak menjalankan inkuiri. Perancangan yang dibina perlu bersifat fleksibel untuk membolehkan adaptasi dilakukan ke atas kesan dan halangan yang tidak dapat dilihat. Perancangan ini akan membantu guru memperhalusi apa yang ingin diberikan perhatian. Antara soalan utama yang boleh ditanya kepada diri sendiri ialah:
1. Ada atau tidak orang yang boleh membantu memberikan maklumat atau data yang     relevan untuk dibuat inkuiri?
2. Kepada siapakah dan apakah yang perlu dirujuk?
3. Adakah cara untuk mendapatkan maklumat ini boleh dilaksanakan?
4. Berapa banyak waktu yang anda ada?
5. Bagaimanakah masa yang ada akan dibahagi-bahagikan?

 Fasa Tindakan
Setelah guru dapat menjawab kesemua soalan ini, guru perlu membuat keputusan tentang apakah tindakan yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru tidak seharusnya khuatir tentang tindakan yang akan diambil sama ada dapat menyelesaikan masalah dengan kadar segera atau sebaliknya. Sekiranya guru cuba menyelesaikan dengan kadar segera, ada kemungkinan guru akan menjadi kaku dan gagal untuk bertindak selanjutnya. Perkara yang lebih penting ialah guru akan melakukan sesuatu yang mungkin akan dapat membantunya menyelesaikan masalah. Tindakan yang diambil perlu bersifat tindakan strategik yang akan menghasilkan sesuatu perubahan amalan. Mungkin akan timbul pada isu seterusnya yang memerlukan kitaran kedua kajian dibuat.

Fasa Pemerhatian
Pemerhatian akan dibuat ke atas tindakan amalan-amalan baru untuk membolehkan bukti-bukti diperolehi dan dibuat penilaian. Pemerhatian perlu dirancang dan catatan jurnal dibuat untuk tujuan dokumentasi dan rujukan semula. Proses tindakan dan kesannya dalam konteks situasi perlu dibuat pemerhatian secara individu atau kelompok. Guru perlu menggunakan lebih daripada satu cara mengumpulkan data untuk membolehkan dibuat triangulasi. Triangulasi merupakan kekuatan untuk memperolehi data dalam sesuatu kajian.


4. Model Jack Whitehead
Whitehead (1989) telah merumuskan kitaran refleksi tindakan menggunakan penyataan-penyataan seperti berikut:
o Amalan apakah yang perlu saya berikan perhatian/apakah yang ingin saya perbaiki
o Apakah yang akan saya lakukan mengenainya?
o Data apakah yang saya perlukan untuk membolehkan saya membuat justifikasi ke atas keberkesanan amalan?
o Bertindak dan mengumpul data
o Penilaian keberkesanan
o Modifikasi amalan yang diberikan perhatian, idea dan tindakan
o Menyerahkan penerangan dan penjelasan tentang “Bagaimana saya perbaiki amalan saya” yang dibuat kepada sekumpulan manusia yang akan mengesahkannya








No comments:

Post a Comment