Assalamualaikum dan
salam perkenalan.
Syukur pada Allah yang
Maha Kuasa kerana blog ini berjaya dibangunkan dengan jayanya bertujuan untuk
berkongsi maklumat dan pengalaman semasa menjalani latihan mengajar di Sekolah
Menengah Kebangsaan Doktor Burhanuddin, 34000 Taiping, Perak. Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah Seminar
Refleksi Latihan Mengajar KPR3012 iaitu Yang berbahagia Tuan Hj. Dr Zulkeflee
bin Hj. Yaacob kerana memberi tunjuk ajar dan nasihat yang membina kepada saya
sepanjang menjalani kursus ini. Tidak lupa juga kepada ahli keluarga saya dan
rakan-rakan seperjuangan dalam memberikan kata-kata semangat dan turut membantu
dalam menyiapkan blog ini serta komentar yang bernas untuk memastikan segala
perancangan berjalan dengan jayanya. Harapan saya agar blog ini dapat membantu
rakan-rakan seperjuangan sebagai persediaan menghadapi dunia pekerjaan
nanti.Segala pengalaman yang dilalui, saya kongsikan dengan anda dalam blog
ini. Besar harapan saya agar anda memperoleh banyak maklumat mengenai
pelaksanaan kajian tindakan. Diharapkan semoga blog ini bermanfaat untuk
pembaca semua.
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment